[VIDEO] KESIAN..!! Tak sempat nak isi minyak... Motor Dah Kena Kebas.. Ada CCTV pun macam Hampeh..!!


KESIAN..!! Tak sempat nak isi minyak... Motor Dah Kena Kebas..  Ada CCTV pun macam Hampeh..!! | Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Singapura singgah di Stesen Petronas Bayu Senibong Masai untuk mengisi minyak.

Beliau telah meletakkan motosikal jenama Yamaha 135 LC, JND2656, berwarna hitam di pam minyak dan terus pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. 

Tidak beberapa lama kemudian, datang sebuah kereta Proton Wira. Dalam percubaan pertama, suspek cuba menghampiri sebuah motosikal berwarna putih, namun niatnya terpaksa dibatalkan kerana pemiliknya sudah kembali ke motorsikalnya. Lalu suspek berpura-pura mencuci cermin belakang kereta Proton Wira yang dipandu oleh rakannya. 

Gagal pada cubaan pertama, suspek kemudian sekali lagi mencuba nasib dengan menghampiri motosikal mangsa yang dipercayai ditinggalkan dengan kunci. 

Dikesempatan yang ada, suspek terus menghidup enjin motosikal dan memecut melarikan diri dari stesen tersebut sambil diperhatikan oleh seorang lelaki yang bermotosikal yang sedang mengisi minyak di pam berdekatan.


 Mangsa cuba mengejar untuk mendapatkan motosikalnya, namun segala-galanya sudah terlambat kerana penyamun tersebut memecut dengan laju.

Hasil semakan pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak begitu membantu kerana kualiti rakaman yang amat teruk. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai motosikal mangsa, diminta tampil memberi maklumat pada balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - The Reporter

0 Response to "[VIDEO] KESIAN..!! Tak sempat nak isi minyak... Motor Dah Kena Kebas.. Ada CCTV pun macam Hampeh..!!"

Post a Comment