PERKEMBANGAN TERKINI OLEH PIHAK POLIS KES CULIK NUR DARLEENA DAZEERA



Bernama melaporkan, pelajar berkenaan yang dilapor dilarikan individu tidak dikenali dibawa pulang oleh orang ramai ke rumah keluarganya kira-kira 2.20 petang.

Difahamkan, Nur Darleen ditemui oleh orang awam, iaitu Juliana Jeffery, di hadapan sebuah pasaraya berhampiran.






"Dalam masa perjalanan pulang ke rumah, saya ternampak dia berjalan berseorangan. Saya pun pada awalnya tidak pasti itu dia tetapi disebabkan di dalam kereta ada kawan-kawan dia, jadi mereka mengenali dia dan mereka beritahu saya bahawa itu adalah Nur Darleen", kata Juliana menceritakan bagaimana dia menjumpai Nur Darleen.

Menurut Juliana lagi, Nur Darleen dalam keadaan menangis seperti ketakutan ketika ditemui.

Bapa saudara Nur Darleen yang dikenali sebagai Jalaluddin memberi pengesahan kepada BH Online bahawa Nur Darleen telah ditemui dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membantu.


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Siasatan sedang dilakukan dari pelbagai sudut bagi menjejaki pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di sini yang dipercayai dilarikan dua lelaki menggunakan motosikal di hadapan rumahnya di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn hari ini. 



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya menggunakan pelbagai pendekatan dalam siasatan kes berkenaan termasuk meneliti maklumat awal dan laporan polis yang diterima. Ujarnya, maklumat daripada media sosial berkaitan kes itu turut diberi perhatian. “Kita sedang melakukan siasatan di tempat kejadian. Rakaman percakapan saksi kejadian dan kawan baik mangsa telah dibuat bagi mengenal pasti sekiranya dia mempunyai rakan lelaki atau teman lelakinya.

 “Rekod kedatangan mangsa ke sekolah juga akan disemak,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7 pagi itu ketika mangsa, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, sedang menunggu van untuk ke sekolah sebelum dilarikan dua lelaki menggunakan sebuah motosikal yang mana mangsa dikatakan berada di tengah-tengah dua lelaki berkenaan. 

 Difahamkan, kejadian tersebut dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun tidak sempat berbuat apa-apa. 

Dalam pada itu, Othman meminta kerjasama daripada semua pihak supaya memberi ruang secukupnya bagi membolehkan anggotanya melakukan siasatan justeru menyeru orang ramai agar tidak mensensasikan isu tersebut serta mengeluarkan fakta yang tidak bertanggungjawab. - UTUSAN ONLINE

0 Response to "PERKEMBANGAN TERKINI OLEH PIHAK POLIS KES CULIK NUR DARLEENA DAZEERA"

Post a Comment