Suara Unik Amal AF2016 Macam Sudirman Kata Peminat


Amal AF2016 atau nama sebenarnya Mohamad Ammal Shafiq Osman,21, baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Naib Juara Akademi Fantasia 2016 dan meraih wang kemenangan berjumlah RM 20 ribu.
Mempunyai suara yang sungguh unik mengikut pandangan juri profesional.
Teptai sebenarnya tuan punya badan sendiri pun rasa tersejut apabila ada peminat yang mengatakan suaranya yang unik  Amal dikatakan mempunyai persamaan dengan penghibur disegani, Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.
Malah tidak pernah terlintas langsung difikirannya itu untuk mendapat pujian yang sebegitu tinggi terhadap dirinya.
“Kalau nak cakap saya macam ala-ala Allahyarham Sudirman tu memang masih jauh, tapi betul beliau adalah idola dan sumber inspirasi saya untuk berada dalam bidang seni.
“Di Malaysia, saya memang sangat meminati Allahyarham Sudirman sebab bagi saya beliau sangat hebat dan tiada tandingannya.
“Beliau juga berjaya memenangi hati rakyat Malaysia dengan lagu-lagunya, bukan hanya Melayu malah pelbagai bangsa. Beliau merupakan penghibur serba boleh.
“Salah satu impian saya adalah ingin menjadi penghibur serba boleh sepertinya dan saya juga sering membuat rujukan dengan mendengar lagu-lagu dendangannya.
“Kalau diluar negara, saya amat suka dengan Michael Jackson, Maroon 5 dan Muse,” katanya kepada Astro Gempak.
Sebenarnya menurut Amal, dia pernah mencuba menghadiri ujibakat Akademi Fantasia pada tahun 2013 lagi tetapi gagal untuk menjadi pelajar AF2013 yang lalu.
“Apa yang saya lakukan ialah tingkatkan usaha dan perbaiki kelemahan dan kembali hadiri ujibakat AF untuk tahun ini. Jangan putus asa.
“Alhamdulillah rezeki berpihak pada saya dan saya bersyukur bila nama diumumkan sebagai naib juara AF2016,” ujarnya. 

Semoga bakat yang ada pada dirinya digunakan sebaik-baiknya dan terus berkembang ke tahap yang lebih tinggi di bidang industri muzik tempatan dan antarabangsa.

0 Response to "Suara Unik Amal AF2016 Macam Sudirman Kata Peminat "

Post a Comment