Pihak polis ingin memohon kerjasama daripada orang ramai supaya tampil memberikan maklumat berkenaan kes seorang lelaki yang dipercayai menendang seorang lelaki lain yang telah diikat setelah ditangkap oleh orang ramai dalam satu klip video yang tersebar di laman sosial kebelakangan ini.
Menurut Ketua Polis Negara dalam twitter beliau kes tersebut dilaporkan berlaku pada tahun lalu dan pihak polis telahpun membuka kertas siasatan.
Namun demikian identiti pelaku masih belum dikenal pasti dan bantuan orang ramai adalah diperlukan bagi mengesan lelaki tersebut. (FB PDRM).
Berikut adalah rakaman video asal lelaki yang didakwa menendang pencuri berkenaan :
Harap sesiapa yang mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan dapat membantu pihak polis untuk siasatan lanjut. - SiakapKeli.com
0 Response to "Ketua Polis Negara Mohon Cari Orang Ini Sampai Sekarang Belum Dijumpai."
Post a Comment