Siti Saleha beraya di London Tahun Ini

Sambutan Aidilfitri kali ini pasti lebih istimewa buat pelakon, Siti Saleha kerana dia bakal meraikannya di samping ibu kandung, Tracey Johnson atau nama Islamnya, Aisyah Abdullah, 51, bersama keluarga di England.
Memulakan bicara ketika sesi fotografi bersama RAP, baru-baru ini, pelakon berdarah kacukan dengan nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum ini berkata, keputusan itu diambil bukan kerana mengetepikan bapa dan adik-beradik lain yang menyambut Aidilfit­ri di Klang, Selangor, tetapi kerana tahun lalu mereka sekeluarga sudah meraikan Aidilfitri di sini, tahun ini tiba gilirannya terbang ke sana pula.
Saleha sudah berlepas ke England, Isnin lalu dan selain menyambut Aidilfitri di sana, dia juga mahu berehat dan mengembara.

“Tujuh bulan pertama tahun ini saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen lakonan, jadi pada musim perayaan ini saya mahu berehat panjang,” katanya.
Foto

Ditanya mengenai tradisi menyambut Syawal di sana, Saleha berkata, ia tidak banyak beza berbanding di Malaysia kerana ke­utamaan adalah untuk berkumpul anak-beranak.

0 Response to "Siti Saleha beraya di London Tahun Ini"

Post a Comment