HAIRAN... PEMANDU ESTIMA PUTIH TAK BUAT LAPORAN POLIS SEBAGAI SAKSI PENTING


Satu rakaman CCTV yang diedarkan oleh pihak polis menunjukkan saat berlakunya penculikan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya kira-kira jam 7.51 pagi..
Dalam Video CCTV tersebut, mangsa yang memandu kereta Proton Perdana telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Mitsubishi Triton di Jalan Duta Mas, Kuala Lumpur.
Mangsa telah dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya pada 4 September lalu.
Pada detik 0.51 sebuah kereta putih yang berada di sebelahnya seharusnya boleh menjadi saksi kejadian tersebut kerana pemandunya betul-betul berada di depan matanya ketika kejadian tersbut berlaku.
Pelbagai spekulasi yang timbul sama ada pemandu kereta tersebut turut sama berkomplot dengan kumpulan penculik dalam kejadian itu kerana setelah kereta mangsa dibawa lari, kereta Estima putih pun turut memecut laju.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut tampil di balai polis berdekatan.
“Kemalangan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Kevin.
“Polis memerlukan maklumat temuramah daripada pemandu dan penumpang kereta Toyota Estima berwarna putih yang berhenti melihat kejadian,” katanya, memetik laporan The Rakyat Post.

Rakaman video CCTV yang diedarkan oleh Pihak PDRM

Mayat mendiang telah berjaya ditemui dalam keadaan mayatnya disumbat dalam  sebuah sebuah tong dram yang berisi konkrit dan dibuang sebuah sungai yang cetek di Subang Jaya, Selangor.
Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian ini boleh menghubungi pihak Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "HAIRAN... PEMANDU ESTIMA PUTIH TAK BUAT LAPORAN POLIS SEBAGAI SAKSI PENTING"

Post a Comment