Apa Kerajaan Nak Buat Pada Mayat Kim Jong Nam Jika Tak Ada Yang Datang Tuntut?

Apa Kerajaan Nak Buat Pada Mayat Kim Jong Nam Jika Tak Ada Yang Datang Tuntut?



Apa Kerajaan Nak Buat Pada Mayat Kim Jong Nam Jika Tak Ada Yang Datang Tuntut?

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya jika waris warga Korea Utara Kim Jong-nam yang dibunuh, tidak menuntut mayat selepas tempoh masa tertentu, kata menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Walaupun tida ada tempoh yang ditetapkan tentang bila mayat harus dituntut, kerajaan masih berharap saudara-mara Jong-nam akan tampil dan memberi sampel DNA untuk melengkapkan prosedur forensik, katanya.

"Setakat ini, tiada ahli keluarga tampil untuk membuat pengecaman atau menuntut mayatnya. Kita memerlukan sampel DNA ahli keluarga untuk memadankannya dengan profil si mati.

"Undang-undang Malaysia menyatakan mayat si mati hanya boleh dituntut selepas selesai proses DNA memandangkan warga Korea Utara itu menggunakan dua nama - Kim Chol dan Jong-nam. Kita mahu membuat kesimpulan dan sebab itulah kita memerlukan sampel DNA untuk mengesahkan identitinya," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Ketika ditanya berapa lama mayat Jong-nam akan disimpan, Dr Subramaniam berkata, kes berprofil tinggi itu mempunyai banyak implikasi dan kementerian akan membuat keputusan yang sewajarnya selaras dengabn undang-undang negara. - Bernama

0 Response to "Apa Kerajaan Nak Buat Pada Mayat Kim Jong Nam Jika Tak Ada Yang Datang Tuntut?"

Post a Comment