Cikgu Saman Hospital Besut RM 10 juta Atas Kecuaian Akibatkan Kematian Anaknya

KOTA BHARU: Pasangan guru, Muhamad Sardi Saad dan isterinya, Fadilah Abd Wahab telah memfailkan saman sebanyak RM10 juta terhadap Hospital Besut, Terengganu dan 10  defendan lain kerana kecuaian mengakibatkan kematian anak perempuan mereka, Ulya Insyirah Muhamad Sardi, 4 tahun, dua tahun lalu.

Mereka memfailkan writ saman di mahkamah tinggi di sini melalui Tetuan Syukran Noordin Advocates & Solicitors.

Plaintif telah menamakan 

  • Dr Shairazi Azizi Mohd Salleh; 
  • Dr Mohd Ruhaifi Yusuf; 
  • Dr Norzaherawati Aryani Md Tahir; 
  • Dr Hasmani Hamat; 
  • Dr Muhammad Solehuddin Ishak dan 
  • Pengarah Hospital Besut, Terengganu sebagai defendan pertama hingga keenam.


Selain dari itu 

  • Dr Noor Ain Noor Afendi, 
  • Dr Sharifah Huda Engku Alwi, 
  • Datuk Dr Jimmy Lee Kok Foo, Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan 
  • kerajaan Malaysia sebagai defendan ketujuh hingga ke-11.


Dalam kejadian 5 Disember 2013, mangsa, Ulya Insyirah dimasukkan ke Hospital Besut selepas mengalami muntah yang kerap sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah mengakibatkan keadaannya semakin parah.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia jam 8.05 pagi keesokan harinya.

Berdasarkan laporan perubatan, punca kematian mangsa adalah disebabkan pembengkakkan dalaman yang serius akibat kemasukan air atau lebihan ubat ketika rawatan.
Pasangan itu mendakwa ditawarkan RM14 ribu sebagai saguhati dan dengan syarat tidak perlu membawa kes berkenaan ke mahkamah namun ditolak oleh mereka.

Sebutan pertama kes, dijangka akan ditetapkan oleh mahkamah dalam tempoh terdekat.
astroawani

0 Response to "Cikgu Saman Hospital Besut RM 10 juta Atas Kecuaian Akibatkan Kematian Anaknya"

Post a Comment