Peminat Beritahu Punca Punca Dato' Siti Nurhaliza Gugur kerana Menyanyi. Muzik Itu Haram


Dato’ Siti Nurhaliza secara rasminya telah membuat pengakuan serta meluahkan perasaannya atas keguguran bayi yang dikandungnya setelah hamil dua bulan. Siti turut redha atas ketentuan dengan kejadian ini yang berlaku kepadanya kerana mungkin ada hikmah yang Allah S.W.T ingin sampaikan kepadanya.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah salah satu komen daripada seorang individu mengatakan Dato' Siti sebenarnya gugur kerana Allah akan mengizinkan bayi di dalam kandungannya cukup bulan jika Dato' Siti berhenti menyanyi. Kerana muzik itu haram.

Ramai yang mengecam komen dari pemilik akaun twitter tersebut yang agak keterlaluan.

Setakat ini, Siti Nurhaliza masih belum memberikan kenyataan balas tentang perkara tersebut. Malah kebanyakan peminatnya melahirkan rasa simpati di laman Instagram Dato' Siti di samping memberi kata-kata semangat.

Siti, buat masa ini masih menjalani roses berpantang sebelum meneruskan kerjayanya kembali. 
Admin berdoa agar Dato' Siti kekal tabah dalam menghadapi dugaan yang melanda beliau.

rotikaya

0 Response to "Peminat Beritahu Punca Punca Dato' Siti Nurhaliza Gugur kerana Menyanyi. Muzik Itu Haram"

Post a Comment