Baru Jadi Doktor Pelatih Dah Tak Hormat Agong.. KKM Tak Perlu Manusia Macam ni - Doktor Pakar


Lelaki yang mempersoal Yang di-Pertuan Agong yang baru dilantik kerana mempunyai sifat soleh semalam telahpun memohon maaf atas keterlanjurannya menghina dan meminta YDP Agong metakkan jawatannya.

Setelah dipbuat pencarian maka didapati beliau adalah cuma seorang doktor masih dalam latihan. Kontroversi yang belau timbulkan ini sedikit sebanyak telah membuatkan seorang Doktor pakar, Mahyuddin Mohamed ingin memberi pesanan kepadanya..






Patuhi tatacara kerja penjawat awam

Tak pasal2 Houseman ni glamer mendadak. Kalau glamer sebab buat perkara baik takpe la. Ini glamer kerana meminta YDP Agong meletakkan jawatan jika mahu menjadi ahli ibadah.
Buat Houseman & bakal Houseman (Medical Students) di luar sana:
1. Please stay focus on completing your housemanship
2. Timba sebanyak ilmu dan pengalaman masa housemanship bagi menjaga kesihatan & membela masyarakat
3. Kita ada akujanji yang kita tandatangani. Kekal taat berkhidmat.
4. Kita ada tatacara menggunakan media sosial. Ikut tatacara yang ditetapkan. Elak perkara yang menyalahi tatacara kerja kita sebagai penjawat awam.

Kementerian Kesihatan Tak Perlu Manusia sebegini

5. Kalau nak bising2 jugak mengarut dengan perkara tak berfaedah, demonstrasi, tak payah kerja dalam sektor awam ni. Letak jawatan, masuk NGO atau parti politik yang anda minat sangat tu. Kami di Kementerian Kesihatan tidak perlukan manusia sebegini. Berlambak lagi lulusan perubatan yang berbaris nak masuk kerja.
Saya ada Peribahasa digubah khas buat Mohd Faiz yang belum pun habis Housemanship ni:?
?Terlajak perahu boleh diundur,?
?Terlajak post hina YDP Agong kat FB, sumbat dalam jel la tidur.?

0 Response to "Baru Jadi Doktor Pelatih Dah Tak Hormat Agong.. KKM Tak Perlu Manusia Macam ni - Doktor Pakar"

Post a Comment