SEDIH..!! PEREMPUAN JAHANAM..Niat Nak Bantu Suami Tapi Baru Sebulan Kerja Dah Rugi RM5000

perempuan jahanam rugi rm5000


SEDIH..!! PEREMPUAN JAHANAM..Niat Nak Bantu Suami Tapi Baru Kerja Sebulan Dah Rugi RM5000



Begitulah nasib yang menimpa Nor Azureen Sarudin, 25 yang baru sebulan bekerja sebagai jurujual di kedai emas Zakaria & Sons, Dataran Palma, Ampang. 

Pihak majikan meminta beliau menanggung kerugian hampir RM5,000 setelah ditipu oleh seorang pelanggan wanita yang begitu licik menipunya dengan menukarkan barang kemas dengan barang tiruan,  

Kejadian tersebut berlaku pada jam 3 petang Selasa lalu, beliau yang baru bekerja sebulan tak menyangka wanita yang berperwatakan baik itu rupanya adalah seorang penipu yang licik.

"Dia meminta saya mengambil seutas rantai dan sebentuk gelang emas untuk dilihat, lalu saya berikan seperti yang diminta.
 "Semasa saya membuat pengiraan, dalam masa yang sama dia telah meletakkan semula barang kemas tadi dan memaklumkan bahawa dia mahu mengambil kad kreditnya yang tertinggal di dalam kereta," katanya.

Setelah 30 minit menunggu, pelanggan perempuan itu tidak juga muncul ke kedainya. 
 "Semasa saya mahu menyimpan semula barangan kemas itu, saya mendapati tanda harganya telah tercabut. Berasa was-was dengan keadaan itu, saya timbang semula barnagan kemas itu dan mendapati beratnya berbeza dengan tanda harga. 

"Saya percaya perempuan itu telah menukar barang kemas yang asal dengan barang kemas yang palsu," katanya. Akibat kejadian itu, Nor Azureen terpaksa menanggung kerugian hampir RM5,000. 
"Majikan meminta saya menanggung kerugian itu. Saya rasa sedih sangat-sangat. Kerja tak sampai sebulan, dah jadi begini. Kebajikan sebagai pekerja pun tak ada. 
"Niat nak membantu suami mencari pendapatan lebih untuk anak-anak, akhirnya menjadi begini. Sekarang saya terpaksa tanggung hutang demi perempuan jahanam ini," luahnya.  

Beliau berharap kepada sesiapa yang mengenali atau pernah melihat wanita tersebut dapat memberikan maklumat kepadanya.

0 Response to "SEDIH..!! PEREMPUAN JAHANAM..Niat Nak Bantu Suami Tapi Baru Sebulan Kerja Dah Rugi RM5000"

Post a Comment