SULTAN IBRAHIM TERKEJUT, SEDIH TERIMA BERITA KEMALANGAN. Biar kita tegur dan bising sekarang daripada menyesal dikemudian hari.!!


SULTAN IBRAHIM LAWAT KELUARGA MANGSA


SULTAN IBRAHIM LAWAT KELUARGA MANGSA

SULTAN IBRAHIM LAWAT KELUARGA MANGSA


SULTAN IBRAHIM TERKEJUT, SEDIH TERIMA BERITA KEMALANGAN. Biar kita tegur dan bising sekarang daripada menyesal dikemudian hari.!!


Tragedi yang meragut 8 orang remaja pada awal pagi tadi cukup mengejutkan terutama kepada golongan remaja dan ibubapa yang meminati aktiviti berbasikal yang telah diubahsuai.


Baginda Sultan Ibrahim serta seluruh anggota keluarga baginda merakamkan takziah kepada ahli keluarga lapan remaja yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam pada jam 3 pagi tadi. 

"Saya amat terkejut dan sedih atas tragedi yang berlaku dan kehilangan nyawa itu. "

"Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak terutama diwaktu malam. Biar kita tegur dan bising sekarang daripada menyesal dikemudian hari," titah Baginda selepas menziarahi keluarga mangsa kemalangan pada hari ini

Lapan remaja itu terbunuh manakala lapan lagi cedera selepas basikal dinaiki mereka dirempuh oleh seorang pemandu kereta wanita berusia 22 tahun pada awal awal pagi tadi.


Siasatan polis mendapati kesemua remaja sedang menunggang basikal di tengah jalan dalam keadaan jalan gelap ketika kejadian. 

Enam meninggal dunia ditempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah. Kesemua yang terlibat berumur di antara 13 dan 17 tahun.

0 Response to "SULTAN IBRAHIM TERKEJUT, SEDIH TERIMA BERITA KEMALANGAN. Biar kita tegur dan bising sekarang daripada menyesal dikemudian hari.!!"

Post a Comment