KANTOI... Nak Buat Laporan Polis Kad Pengenalan Hilang, Tapi yang Kau Pergi Tambah2 Cerita Tu Apasal? Ingat Polis Tak Tau...

KANTOI Tipu Laporan Polis Kad Pengenalan Hilang

KANTOI... Nak Buat Laporan Polis Kad Pengenalan Hilang, Tapi yang Kau Pergi Tambah2 Cerita Tu Apasal? Ingat Polis Tak Tau...

Kuala Lumpur: Remaja lelaki dikesan membuat laporan palsu kononnya disamun sekumpulan penjenayah di depan restoran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini. 

 Bagaimanapun, tembelang remaja berusia 19 tahun terbongkar apabila dia mengakui laporan itu bertujuan mengelak didenda kerana kehilangan kad pengenalan. 

 Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata suspek membuat laporan polis di balai, pada kira-kira 10 pagi semalam. 

 Katanya, remaja itu memberitahu dia disamun kira-kira lapan lelaki ketika berada di lokasi berkenaan. 

 "Ketika pegawai penyiasat merakam percakapan suspek, dia mendapati keterangan remaja itu meragukan. “

Apabila dibawa ke lokasi itu untuk menceritakan semula kejadian, barulah dia mengaku membuat laporan palsu kerana mahu mengelak membayar denda kehilangan kad pengenalan. 

 "Kes itu kemudian disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu. 

 “Remaja itu boleh dikenakan hukuman enam bulan penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah,” katanya. 

 Individu warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad (Kad Pengenalan) akibat kecuaian sendiri dinasihatkan serta diingatkan jangan sesekali bertindak membuat laporan polis yang palsu semata-mata mahu mengelakkan daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) apabila membuat permohonan gantian hilang Mykad 

 Sekiranya anda di dapati bersalah kerana membuat laporan polis palsu anda akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan 

Anda jangan anggap pihak polis tidak akan membuat siasatan lanjut ke atas laporan tersebut, 

PDRM memandang serius setiap laporan polis yang di buat oleh orang awam lebih-lebih lagi jika melibatkan kes jenayah yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa 

Setiap keterangan anda akan diteliti dengan terperinci bersama siasatan serta butiran-butiran fakta yang diberikan sehingga pihak polis berjaya mengesan keraguan mahupun kecurigaan terhadap kes yang dilaporkan. 

Apatah lagi kalau kejadian itu hanya rekaan semata-mata, lagi mudah ia di kesan sebagai laporan palsu 

Sebagai kesimpulannya, kalau anda hilang IC atau Mykad akibat kecuaian sendiri janganlah sesekali membuat laporan polis palsu kerana ia akan memakan diri sendiri dan anda tidak akan terlepas dari kesalahan tersebut

BAYARAN HARGA PERMOHONAN GANTIAN MYKAD HILANG
Maklumat Bayaran Harga Dan Garis Panduan Permohonan Gantian Mykad Hilang
Denda
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menetapkan kadar bayaran denda yang akan dikenakan kepada individu warganegara Malaysia yang kehilangan Mykad atas kecuaian sendiri
Bayaran bagi kehilangan kes kecuaian sendiri kali pertama adalah pada kadar RM100, manakala kehilangan kali kedua RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya RM1,000. Denda itu tidak termasuk dengan bayaran permohonan
Bagaimanapun, pengecualian kadar bayaran diberikan kepada orang kurang upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun
Harga Jumlah Bayaran Denda Kehilangan Mykad Akibat Kecuaian Sendiri
Info
KehilanganBayaran DendaJumlah + Caj
Kali PertamaRM100RM110
Kali KeduaRM300RM310
Kali Ketiga, SeterusnyaRM1,000RM1,010
Setiap kehilangan turut akan dicaj dengan bayaran permohonan sebanyak RM10
Maklumat rasmi dan keterangan lanjut

kredit : mysumber

0 Response to "KANTOI... Nak Buat Laporan Polis Kad Pengenalan Hilang, Tapi yang Kau Pergi Tambah2 Cerita Tu Apasal? Ingat Polis Tak Tau..."

Post a Comment