PENJELASAN PENGETUA MADRASAH TAHFIZ AL-JAUHAR Kes Adik Thaqif Terpaksa Dipotong Kaki

PENJELASAN PENGETUA MADRASAH Tahfiz Al-Jauhar Kes Adik Thaqif Terpaksa Dipotong Kaki

Assalamualaikum.
Saya tahu ramai sangat yg sedang argue. Tentunya..
Ramai yang minta penjelasan.
Penjelasan yang macammana saya boleh buat? Kerana saya tak mahu dilihat sedang membela diri.

Demi Allah.. Sayalah org yg paling sayu hati dan terkilan semalam. Saya dapat tahu dari Pegawai Jabatan Agama Johor.
Thaqif masuk ke MTAJ batch kedua pd bulan feb2017. Dia lalui 40 hari pertama dgn kesukaran untuk serasikan diri. Tapi kami usahakan juga. Setiap hari didampingi... Sesekali kena marah, rasanya biasa. Rotan jauh sekali.
PENJELASAN PENGETUA MADRASAH Tahfiz Al-Jauhar Kes Adik Thaqif Terpaksa Dipotong Kaki31 March 2017, jumaat, bonda thaqif datang nak berhentikan dia. Kerana thaqif kata disebat guna getah paip di tapak kaki.
Saya tak dapat beri sebarang penjelasan ketika itu kerana kena buat siasatan terlebih dahulu. Jadi petang jumaat tu thaqif dibawa balik. Masih boleh jalan sendiri. Sy memang ralat sgt tak peluk thaqif petang tu. Padahal beberapa kali saya pujuk dia dalam pelukan sebelum ni.
Siasatan kita dapati. Memang benar. Syafiq, pembantu warden ada sebat pelajar guna getah paip di tapak kaki. Saya sangat marah kerana mengapa getah paip... Saya buat teguran dan beri amaran.
Sebilangan pelajar dipanggil, diperiksa kaki. Alhamdulillah.. Tiada kecederaan. Dan pelajar terlibat terima keadaan tu bila syafiq minta maaf pd semua lepas syafiq ditegur. Guru2 kanan semua buat teguran. Tanda kami tak terima kaedah getah paip tu. Cuma masa itu kita terima permohonan maaf kerana puas hati bila tiada kecederaan pd fizikal pelajar.
Kejadian berlaku empat hari sebelum thaqif berhenti iaitu 28march. Hari2 selepas itu pun, kita dapati pelajar tiada yg mengalami kecederaan.
Saya panggil ke mesyuarat. Sy ulang dalam mesyuarat. Dasar MTAJ sangat berhati2 dgn menghukum pelajar. Petang thaqif berenti kami pemegang amanah terus mesyuarat utk tambah warden baru yg lebih dewasa dgn harapan pertimbangan akan lebih banyak.
Selepas itu masa berlalu... 20 hari thaqif dirumah.
Saya dapat makluman thaqif warded 19april 2017. Dan jadi lebih kritikal...
Kerana itu sy tak dapat jawab. Semua menuggu laporan perubatan. Polis pun menunggu laoran perubatan.
Syafiq digantung tugas serta merta.
Kami komited utk beri kerjasama. Saya dapat tahu jam 6.00ptg. Lepas maghrib sy gerak ke HSI. Satu malam sy tak lelap.. Memikirkan thaqif. Harini saya tak putus berhubung dgn ayah bonda thaqif.
Sy di madrasah solah hajat dgn pelajar. Kami doa panjang mtk Allah beri keajaiban. Mintak Allah beri yang terbaik.
Saya mohon maaf kerana tak dapat beri jawapan buat masa ini. Siasatan sedang dijalankan....
Syafiq salah kerana memilih getah paip.. Memang salah. Tak pasti apa yg dia fikir. Tapi sy terima kemudian bila kadar nya tidak sepatutnya mencederakan pelajar. Allahu mustaan.
Saya harap, tuan puan beri ruang pd Madrasah. Sikap individu tidak patut membusukkan madrasah secara keseluruhan. Apa lagi madrasah2 yg lain yg tak terlibat pun. Bila orang ramai turut memandang serong pd institusi madrasah. 😭😭😭😥😢😢
Mohammad Afdhaluddin Bin Ismail
Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Juahar

1 Response to "PENJELASAN PENGETUA MADRASAH TAHFIZ AL-JAUHAR Kes Adik Thaqif Terpaksa Dipotong Kaki"

  1. Anda tiada hak utk memukul atau merotan pelajar. Tak kisahlah guna rotan mahupun getah paip dll. Ibu bapa menghantar anak2 ke institusi ilmu utk mempelajari dan menguasai ilmu. Bkn sbg hamba abdi korang yg bertopengkan kebaikan. Tak kena pd anak sendiri okay la nk ckp mcm gampang pun. Tp klau kena dgn darah daging sendiri baru tahu langit itu tinggi atau rendah. Tunggu pengadilan di padang mahsyar kelak. Semoga balasan setimpal dikenakan ke atas kalian yg melakukan kesalahan ini serta bersubahat dlm hal ini! Al-Fatihah buat Allahyarham Thaqif.

    ReplyDelete