Pada kejadian tersebut, terdapat kisah tentang beberapa orang hindu yang fanatik telah memanjat ke kubah masjid tersebut untuk merobohkan kubahnya.
![]() |
Gambar di atas menunjukkan Dharmindar Singh dan Balbir Singh sedang berdiri di atas kubah masjid Babri, |
Lebih dahsyat lagi Dharmindar Singh telah telah membuka seluarnya dan kencing di atas kubah masjid Babri ketika merobohkan kubah tersebut.
Akibat perbuatannya itu dengan izin ALLAH SWT Dharmindar Singh tidak siuman atau sehingga kelakuannya sukar untuk dikawal oleh ibu bapanya.
Ibu bapanya telah mencari ikhtiar dan penawar untuk menyembuhkan penyakit anaknya yg gila itu namun tidak berjaya malahan penyakitnya itu menjadi bertambah teruk.
Ibubapa Dharmindar telah membawa anaknya yang sakit itu bertemu dengan seorang ulamak terkenal di India iaitu Maulana Kaleem Siddiqi.
Mereka telah menceritakan hal sebenar yang berlaku terhadap anaknya kepada ulamak itu dan Mau;ana Kaleem lantas berdoa kehadrat ALLAH SWT bermohon agar penyakit gila Dharmindar itu dapat disembuhkan.
Dengan izin ALLAH SWT dia telah sembuh sepenuhnya dan terkini Dharmindar telah memeluk agama Islam dengan nama Muhamad Umar dan juga menjadi seorang musim yang taat kepada perintah ALLAH SWT
Seorang lagi yang turut naik bersama iaitu Balbir Singh pula telah menerima pelbagai musibah kepada keluarganya hinggakan ayahnya sendiri telah memulaukan Balbir Singh.
Tambahan lagi kata-kata akhir ayahnya sebelum meninggal dunia kepada Balbir Singh ialah “Kenapa kau robohkan rumah tuhan?”.
Akhirnya Balbir Singh turut sama mendapat ilham untuk bertemu dengan ulamak Maulana Kaleem Siddiqi yang telah diubati oleh ulamak tersebut dan kini beliau juga telahpun menjadi seorang Islam dan namanya bertukar menjadi Muhamad Amir, kedua mereka kini telah menjadi pendakwah yang sedang giat menyebarkan islam.
0 Response to "Kisah Lelaki Kencing di Atas Kubah Mesjid Jadi Gila dan Tak siuman"
Post a Comment