Setelah Terpandang Anaknya, Buruh Tak Jadi Bunuh Diri


Seorang pekerja buruh bangunan membuat keputusan untuk membunuh diri setelah dikatakan tidak lagi  mampu untuk membayar sewa rumah karena majikannya langsung tidak membayar gajinya yang tertunggak selama setahun.
Rao kelihatan telah memanjat sebuah jambatan berhampiran tempat dia bekerja di Kota Lingao, Wilayah Hainan. Tujuannya adalah untuk melompat dari atas jambatan itu.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian segera menghubungi pihak polis dan juga keluarganya. Pihak keselamatan turut meminta isterinya membawa anak kecilnya yang berusia dua tahun untuk memujuknya.
Akhirnya setelah berjam-jam memujuk Rao, hatinya jadi cair setelah melihat anaknya yang berusia dua tahun itu.
Isteri dan pegawai polis bertugas berusaha selama berjam-jam untuk meyakinkankannya dan secara tiba-tiba Rao telah menangis dan terus memeluk bayinya itu.
"Kami hanya dengar anak itu memanggil Ayah!!, dan tiba-tiba Rao terus menatap anaknya dan saling berpelukan, sungguh mengharukan, dan Rao membatalkan niatnya untuk membunuh diri," jelasnya.

Ketika disoal siasat, Rao menceritakan yang dia tinggal di Hainan selama 10 tahun dan bekerja di bidang pembinaan. Kali terakhir adalah di salah satu perusahaan pembinaan tempatan bersama dengan 40 pekerja lain.
Ketika bekerja di syarikat itu, Rao dan 40 rakannya bersetuju untuk bekerja tanpa sebarang ikatan perjanjian. Akibatnya dia langsung tidak dapat gaji selama setahun oleh majikannya.
Walaupun projek pembionaan tersebut telah siap, dia masih tidak menerima sebarang upah.

Rao merasakan sukar untuk membuat aduan keranatiada sebarang perjanjian bertulis antara dia dan majikannya, kesusahannya berterusan kerana duit rumah sewanya masih belum dibayar.

0 Response to "Setelah Terpandang Anaknya, Buruh Tak Jadi Bunuh Diri"

Post a Comment