[VIDEO] Eh Apa daaa!!! milo punya pasal pun nak bergadoh ke..


KUCHING -  Hanya kerana pesanan dua cawan air Milo panas lewat dihantar, seorang pelanggan sebuah restoran makanan segera di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini mengamuk, semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Roslan Bek Ahmad berkata, insiden dipercayai berlaku selepas pelanggan terbabit naik berang kerana pesanannya yang didakwanya sudah dibayar masih belum dihantar sekitar jam 2.30 pagi.

Difahamkan, pengurus restoran berkenaan kemudian terpaksa mengambil semula pesanan suspek dan memintanya menunggu sebentar.




Eh Apa daaa!!! milo punya pasal pun nak bergadoh ke.... apsal ko tak bergaduh dengan monyet ke.... ish..ish...ish... COBAAN.....
Posted by Jep Sepahtu on Wednesday, March 25, 2015



"Ekoran itu, suspek bertambah marah dan terus bertindak menghentak kaunter sebelum beredar dari situ dan kembali semula ke premis berkenaan bersama lapan orang rakannya.

"Dia kemudian melompat ke atas kaunter lalu bertindak menarik rambut mangsa (pengurus) sebelum mereka beredar dengan menaiki dua buah kereta," katanya yang mengesahkan insiden tersebut semalam.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kejadian dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan dan kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat," jelas Roslan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV)premis berkenaan yang berdurasi 54 saat serta menunjukkan aksi suspek bersama rakan-rakannya turut menjadi viral di laman sosial.

thehypemedia

0 Response to "[VIDEO] Eh Apa daaa!!! milo punya pasal pun nak bergadoh ke.."

Post a Comment