Datin Rosmah kena kutuk Semasa lawat keluarga Nik Aziz Semalam


Isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor telah berkunjung ke kediaman  keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di  di Pulau Melaka di Kota Bharu petang semalam.

Namun hal itu tetap akan jadi kutukan di media sosial tak kira oleh penyokong Pakatan atau netizen.

Ada yang mempersoalkan kenapa DS Rosmah tidak memakai tudung yang menutup keseluruhan rambut bertudung lengkap semasa  membuat kunjungan tersebut.

Individu yang menggelarkan dirinya sebagai Vled Faqih memberikan komen dalam Facebook beliau menyifatkan rambut DS Rosmah terlalu besar untuk ditutup dengan tudung. Komen itu telah dijadikan bahan lawak oleh penyokong-penyokong lain Pakatan Rakyat.


Selain itu pemilik akaun bernama Adila Suriani pula turut menambah dengan mengaitkan DS Rosmah bersama beg berjenama mewah. "Kak Mah, belanja saya beg LV satu.." ujarnya didalam satu komen lain.


Walaubagamanapun kebanyakan pelayar Facebook memuji isteri PM yang dengan rendah hati berziarah ke rumah keluarga Mursyidul Am PAS itu pada 3.10 petang kelmarin yang turut diiringi oleh Raja Puan Besar Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah Yang Dipertua Pandu Puteri Perak dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah.

Rombongan itu telah meluangkan masa selama 30 minit bersama isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda, 67.

Dalam kunjungan tersebut DS Rosmah juga turut berkongsi petua dengan Tuan Sabariah setelah melihat isteri Allahyarham itu tidak berapa sihat.

"Saya datang sebagai isteri dan juga seorang muslimat, saya telah menasihatkan beliau supaya menjaga diri dan banyakkan berehat, kebetulan dia tidak ada suara.

"Saya turut berkongsi petua untuk mengembalikan suara iaitu dengan merebus selama tiga hingga empat jam daun pudina dan minum supaya rasa sejuk dan kahak keluar, saya doakan Datin sentiasa sihat dan reda di atas pemergian suami," katanya. 

kredit - Utaranews.com

0 Response to "Datin Rosmah kena kutuk Semasa lawat keluarga Nik Aziz Semalam"

Post a Comment