Ucapan Buat TGNA Di Melbourne Memang Benar Bukan Edit


Beberapa keping gambar yang memaparkan dua ucapan berbeza antara kedua-dua gambar bagi mengenang Allahyarham TG Nik Aziz tersebar di laman sosial. 

Dikatakan iklan tersebut telah dibuat oleh penduduk Melbourne dan sebaliknya ada juga yang mengatakan ia merupakan gambar yang telah  di edit.

Tetapi hal yang sebenarnya ia memang bukannya gambar yang di edit dan malah ucapan tersebut terpampang di bandaraya Melbourne Australia.

Walaubagaimanapun cerita sebenarnya ia bukanlah dibuat oleh penduduk Melbourne. 

Papan iklan berukuran sepanjang 26 meter itu telah dipasang di Melbourne dan ia adalah merupakan papan iklan khas menyambut Hari Valentine bagi memberikan peluang kepada sesiapa sahaja untuk memaparkan mesej sempena Hari Valentine kepada orang yang mereka kasihi.

Beberapa rakyat Malaysia yang menetap di sana tidak mahu melepaskan peluang untuk menyampaikan mesej betapa kasih dan sayangnya mereka kepada Allahyarham TG Nik Aziz yang kembali ke rahmatullah Khamis yang lalu.

Credit : Malaysiakini.com
Papan iklan  "Billboard Of Love" tersebut dikendalikan oleh syarikat telekomunikasi Telstra dan mereka yang mahu ucapan mereka dipaparkan perlulah menghantar pesanan ringkas iaitu mesej dan akan dikenakan cas terterntu.

kredit: viralmedia.

0 Response to "Ucapan Buat TGNA Di Melbourne Memang Benar Bukan Edit"

Post a Comment