JEP MENGAMUK ZERO MENANG,DAKWA SEPAHTU KENA SIHIR?

Maharaja Lawak Mega 2014 dah tamat.., tapi Miss A dengar ada orang mengamuk sebab tak dinobatkan sebagai juara pertandingan tu.. Siapa lagi kalau kumpulan Sepahtu yang mendapat tempat kedua tu..

Maklumlah waktu pertandingan berlansung memang ramai yang jangka Sepahtu yang akan menjadi juara. Tup-tup Zero pulak yang menang.. Sebab tak menang ni ka punca Sepahtu tarik diri dari MLM tahun depan?

Menerusi ruangan pojok Harian Metro, ada sumber bagitahu Jep ni mengamuk besar kat belakang pentas bila kumpulan Zero diumumkan sebagai pemenang.. Jep siap maki dan bagi amaran lagi kalau jumpa dalang yang menyebabkan kumpulannya tewas..

Yang paling menarik Jep dakwa ada orang lakukan ilmu hitam kat ‘team’ dia sampai mereka tak dapat fokus untuk final tu yang mereka ni kalah.., adat pertandingan lah ada kalah menang.. Takkan Jep ni sampai meroyan bila kalah?

Sumber yang maklumkan semuanya ni katanya adalah orang produksi MLM 2014.. So Miss A tak tahu nak percaya atau tak cerita ni.. Sama-samalah kita nantikan penjelasan dari Jep pulak.. Betul ke tak puas hati dapat tempat kedua MLM 2014..hehe.. Miss A/UtaraNews.com



0 Response to "JEP MENGAMUK ZERO MENANG,DAKWA SEPAHTU KENA SIHIR?"

Post a Comment