Doktor Pakar Diugut Bunuh Ekoran Update Status Berkaitan Kematian Nik Aziz

Bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebastian Phiu: Ekoran dari status yang diupdate oleh seorang doktor pakar perubatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, beliau telah menerima ugutan bunuh oleh individu marah dengan statusnya.

Status update "Alhamdulillah.... Dah tak payah risau kena ludah." mengundang kemarahan follower dengan status update tersebut.

Menurut Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang telah dihubungi bagi  mengetahui cerita yang sebenar serta apa yang dimaksudkan oleh beliau dengan status tersebut ialah merujuk kepada kenyataan Nik Aziz yang sebelum ini mahu meludah muka ahli UMNO yang ingin menyatukan dua parti besar Melayu iaitu UMNO-PAS.


"Bukan saya yang ingin meludah Nik Aziz tetapi kitalah yang selamat dari diludah oleh Nik Aziz kerana sebelum ini beliau menghalang penyatuan UMNO-PAS. Saya lebih suka orang Melayu dan Islam bersatu," katanya kepada pihak Sebastian Phiu.

Pada masa sama pengikut PAS yang juga pengikut  Dr Maza dilihat begitu agresif dan seoralah-olah tidak dapat menahan kemarahan sehingga mengugut untuk membunuh beliau.

"Saya sudah bertanya kepada IGP dan PDRM berkenaan hal ini dan mereka menasihatkan saya untuk membuat laporan polis di balai yang berdekatan. Saya mungkin akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat," tambah beliau lagi. - Sebastian Phiu



0 Response to "Doktor Pakar Diugut Bunuh Ekoran Update Status Berkaitan Kematian Nik Aziz"

Post a Comment