Subhanallah! Pemandangan Menakjubkan Ketika Solat Jenazah Tiga Pelajar Muslim Dibunuh kejam di Amerika Syarikat

Mereka hanyalah seorang mahasiswa muslim, tetapi Masya Allah penghormatan terhadap mereka seolah-olah perginya seorang alim ulama yang sangat disayangi. 

Ratusan umat muslim di Amerika syarikat kelihatan melakukan solat jenazah bersama disuatu taman. Sungguh menakjubkan pemandangan yang berlaku di Amerika ini.

Solat jenazah untuk tiga pelajar muslim yang juga merupakan pelajar di universiti north carolina di chapel hill. AS yang ditembak mati oleh pengganas kristian craig stephen hicks. 

Media dunia senyap sepi kerana ia melibatkan pembunuhan umat islam, berbeza sebaliknya ketika insiden charlie hebdo

Innalillahiwainnalillahirojiun..

Mangsa tersebut ialah, deah shaddy barakat, 23, isterinya yusor mohammad abu-salha, 21 dan adiknya razan mohammad abu-salha, 19 ditemui mati dalam sebuah kompleks kondominium di luar kawasan kampus berhampiran universiti.


Craig Stephen Hicks. (Foto AP/Durham County Sheriff)
Seorang Suspek lelaki tempatan, Craig Stephen Hicks, 46, dari Chapel Hill telah menyerah diri kepada pihak polis, lapor Huffington Post. Suspek kini di dalam tahanan reman di pusat penjara Durham County diatas tiga tuduhan membunuh.

Pegawai polis di Chapel Hill bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan bunyi tembakan di sekitar kawasan Summerwalk Circle, pada 5.15 petang. Ketiga-tiga mangsa tembakan itu disahkan meninggal di tempat kejadian. - Siakapkeli.com.my

0 Response to " Subhanallah! Pemandangan Menakjubkan Ketika Solat Jenazah Tiga Pelajar Muslim Dibunuh kejam di Amerika Syarikat"

Post a Comment