Sebar Gambar Allahyarham Ustaz Yahya Othman dikatakan Jenazah Nik Aziz

Kerana masing-masing ghairah hendak menyampaikan perkembangan terkini seperti yang berlaku semasa musim banjir lalu terdapat pihak-pihak tertentu sewenang-wenangnya memuat naik gambar jenazah yang menampakkan wajah Allahyarham Nik Aziz yang dirakamkan untuk disiarkan dalam akaun sosial, blog dan portal masing-masing.

Ramai pengguna sosial yang mengecam perbuatan tersebut kerana ia dianggap tidak menghormati permintaan ahli keluarga terdekat termasuk anaknya Nik Abduh yang sebelum ini telah memohon jasa baik orang ramai dan pihak media agar tidak menyebarkan gambar-gambar sedemikian.

Sementara itu disebalik keghairahan sedemikian, ada satu gambar jenazah Allahyarham Ustaz Yahya Othman yang disangkakan adalah Allahyarham Nik Aziz turut dimuat naik dan menjadi viral.

Allahyarham Ustaz Yahya Othman yang menjadi viral selepas disangkakan adalah Allahyarham Nik Aziz.

Sepintas lalu memang kedua-duanya kelihatan seakan sama, mungkin dalam keadaan dibaluti kain kapan putih yang hanya menampakkan muka menyebabkan ramai yang terkeliru.

Sekadar maklumat Allahyarham Ustaz Yahya Othman merupakan pemimpin PAS dari Machang, bekas EXCO Kelantan dan pernah menjawat kedudukan sebagai Setiausaha Majlis Syuara Ulama PAS.

Allahyarham meninggal dunia pada 14 Jun 2012 ketika berusia 76 tahun. - Suara.Tv

0 Response to "Sebar Gambar Allahyarham Ustaz Yahya Othman dikatakan Jenazah Nik Aziz"

Post a Comment