Jep Sepahtu Mengaku Tidak Ramai Kawan Artis



Walaupun diriya adalah seorang selebriti yagng mempunyai ramai peminat tetapi Jep  telah sebati dengan hidup bersederhana dan tak terlalu mengejar populariti.


Jep Sepahtu juga mengaku dirinya memang tidak ramai kawan terutamanya mereka yang terlibat dalam industri seni.


“Memasuki dunia lakonan bukannya saya mencari dan mengejar populariti tetapi ini semua kerana bakat seni yang saya ada terutama melawak. Lagi pun, saya tidak mempunyai ramai rakan artis kalau anda semua nak tahu sebenarnya”
“Banyak masa akan dihabiskan di kampung (Kampung Melayu Kulai) jika saya tiada kerja untuk dibuat di Kuala Lumpur. Saya akan balik kampung dan bantu ayah saya membuat kerja,” katanya merendah diri.
Di samping itu, Jep turut mengaku yang dia pernah rasa stress kerana banyak usaha untuk menjatuhkan dirinya, namun beliau tak pernah ambil kesah dengan perkara itu kerana baginya, semua itu tidak mendatangkan sebarang manfaat.
“Inilah orang kata cabaran. Setiap dugaan yang kita lalui itu perlu kita atasi dengan baik. Macam saya sendiri, saya tidak pernah terlalu memikirkan pandangan negatif orang terhadap saya. Makin saya fikir, makin serabut jadinya,” katanya seperti dipetik dari Utusan Online(rtky/syfq)

0 Response to "Jep Sepahtu Mengaku Tidak Ramai Kawan Artis"

Post a Comment